Al Yaqeen's FotoPage

By: Al Yaqeen

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 5-Jan-2010 00:25 Email | Share | | Bookmark
Misi Kemanusiaan Umat Islam Cambodia 2009

 
 
 
View all 62 photos...


Thursday, 18-Dec-2008 04:16 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 6 photos...


Friday, 13-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Umrah dan Ziarah 31 May 2008 - 12 Jun 2008

 
 
 
View all 101 photos...


Friday, 11-Jan-2008 09:03 Email | Share | | Bookmark
Misi Kemanusiaan Umat Islam Kampuchea 2007 (Hari Ke-5 dan Ke-6)

gajah-di-PP-1
gajah-di-PP-2
depan-hotel-Angkor-Chey
View all 105 photos...
Kembara perjalanan peserta Misi Kemanusiaan Umat Islam Kampuchea 2007 diteruskan dengan melawat beberapa tempat bersejarah di sekitar bandaraya Phonm Penh. Kami berkesempatan untuk melawat dua kawasan sejarah tinggalan pemerintahan kejam ala komunis oleh Pol Pot iaitu di Cheoung Ek dan Toul Sleng Genocide Museum. Berikut adalah sebahagian daripada penerangan aktiviti yang telah dijalankan pada dua hari terakhir kembara perjalanan kami.

25hb Disember 2007

Seawal 7.00 pagi (waktu Kemboja), kami pergi bersarapan di Restoran Malaysia berdekatan dengan Hotel Angkor Chey, hotel di mana kami menginap. Sementara menunggu peserta lain turun, kelihatan seekor gajah melintasi depan hotel kami. Sukar untuk dibayangkan, bandaraya yang padat dengan penduduk seperti Phomn Penh masih ada lagi gajah melalui jalanrayanya.

Selesai mengalas perut di Restoran Malaysia, kami dibawa melawat ke Cheoung Ek, iaitu kawasan yang menjadi saksi kepada kekejaman Pol Pot dan tentera-tenteranya. Dengan bayaran 2 dolar, perkara pertama yang kami lihat ialah tengkorak2 mangsa-mangsa yang dibunuh kejam oleh tentera Pol Pot. Tidak dapat dipastikan berapa banyak tengkorak yang disimpan di dalam bangunan museum. Namun ada sesuatu yang ganjil pada tengkorak2 yang dilihat. Corak pada sesetengah tengkorak berbeza antara satu sama lain. Perbezaannya seolah2 membentuk kalimah syahadah ataupun ayat-ayat suci al-Quran. Mungkin pakar-pakar sejarah dan arkeologi boleh melakukan kajian.

Seterusnya kami boleh melihat beberapa lubang besar. Lubang-lubang besar ini digunakan oleh tentera Pol Pot untuk mencampakkan mayat ataupun yang nyawa-nyawa ikan mangsa-mangsanya. Mangsa-mangsa kekejaman Pol Pot terdiri daripada mereka yang bijak pandai seperti ahli politik, jururawat, doktor, cikgu, jurutera dll. Dalam banyak2 tempat di Choeng Ek ini, terdapat satu tempat yang begitu memilukan hati sesiapa pun. Sebatang pokok yang menjadi tempat hempasan kepala kanak2 yang tidak tau apa2. Bayangkan kanak2 berumur 2- 5 tahun yang baru nak mengenal dunia dan tidak mengerti apakah makna peperangan dihempaskan kepalanya di sebatang pokok besar.

Setelah mengambil beberapa iktibar dari Choeng Ek, kami pergi membeli-belah!! Pastinya kaum hawa yang menyertai rombongan ini tersenyum girang terutamanya yang ada menjalankan perniagaan dan berkeluarga besar. Tapi tempat yang kami pergi bukanlah seperti KLCC ataupun Alamanda di Kuala Lumpur dan Putrajaya tapi sekadar tempat yang seakan2 Pekan Rabu di Kedah atau Padang Besar di Perlis. Bezanya di sini bangunannya ada ground floor sahaja manakala di Malaysia bangunannya bertingkat2.

Setelah penat membeli-belah, kami balik semula ke Hotel Angkor Chey untu berehat. Agenda sebelah petang yang menanti ialah melawat ke Istana Raja Sihanouk dan Toul Sleng, Penjara Tahanan Pol Pot.

Namun agenda untuk melawat Istana Raja Sihanouk tidak berjaya kerana bayaran masuk yang agak tinggi. Kami meneruskan perjalanan ke Toul Sleng. Di sini kami membayar 2 dolar untuk melawat sekitar Toul Seng. Jika sebelah pagi kami melawat 'kubur' mangsa2 Pol Pot, kini di Toul Sleng kami melawat pula tempat seksaan tahanan Pol Pot. Semua seksaan dan pembunuhan kejam Pol Pot dan tenteranya memang langsung tak masuk akal. Untuk penjelasan lebih lanjut mengenai Toul Sleng sila layari


http://en.wikipedia.org/wiki/Tuol_Sleng_Museum

Seterusnya dari Toul Sleng kami dibawa bersiar-siar di sekitar Dataran Sungai Mekong. Kami tidak boleh lama di kawasan ini kerana kawasan ini amat sesak sekali pada sebelah petang sekitar 7 petang (waktu puncak di Kemboja). Oleh yang demikian kami terus ke Hotel Puncak untuk menikmati makan malam. Setelah hampir seminggu meninggalkan suasana di Malaysia, akhirnya rindu kami terubat jua di Hotel Puncak.

Malam kelima di bumi Kemboja kami labuhkan di Hotel Angkor Chey.

26 Disember 2007


Seperti yang diketahui, ini merupakan hari terakhir kami berada di bumi Kemboja. Malaysia menggamit kami pulang. apa yang boleh dikatakan ialah Misi Kemanusiaan Umat Islam Kampuchea 2007 pada kali ini berjaya. Kami berjaya memberikan bantuan awal kepada penduduk kampung di sekitar Wilayah Kampung Cham. InsyaALLAH, tahun depan kami akan datang lagi ke Kemboja. Penerbangan kami dari Phonm Penh ialah sekitar 4 petang (waktu Kemboja) dan dijangka tiba di Kuala Lumpur sekitar 6.30 petang. Namun cuaca yang tidak begitu baik di Kuala Lumpur menyebabkan kami terlewat dalam 30 minit. Namun segalanya berjalan lancar sehinggalah kami selamat tiba di Ipoh pada pukul 1 pagi.




Monday, 31-Dec-2007 15:07 Email | Share | | Bookmark
Misi Kemanusiaan Umat Islam Kampuchea 2007 (Hari Ke-3 & Ke-4)

pekan-Rokapopram-1
pekan-Rokapopram-2
pekan-Rokapopram-3
View all 185 photos...
Secara ringkasnya berikut adalah antara aktiviti yang telah dilaksanakan oleh peserta Misi Kemanusiaan Umat Islam Kampuchea 2007 pada 23 dan 24 Disember 2007 (hari ketiga dan keempat). Penjelasan lanjut akan dibuat dari masa ke semasa.


23 Disember 2007

    1. Melawat beberapa kampung di sekitar Wilayah Kampung Cham.
    2. Menghadiri kenduri kahwin anak lelaki Ketua Kampung Rokapopram


24 Disember 2007

    1. Melancarkan kelas Dhuha di Kampung Rokapopram.
    2. Melawat rumah Timbalan Menteri Wilayah Kampung Cham, Haji Subri.
    3. Bertolak ke Phonm Penh menuju ke Hotel Angkor Chey.
    4. Bertemu dengan Mufti Kemboja pada sebelah malam.
    5. Rehat di Hotel Angkor Chey.


...bersambung...


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net